Komitmen Kewangan Terlalu Tinggi?

Kurangkan Beban Anda Demi Menjamin Masa Depan Yang Lebih Cerah

Ucapan Pengerusi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera keluarga koperasi, salam 59 tahun Gerakan Koperasi membangunkan keluarga Malaysia.

Alhamdulillah saya bersyukur dan merafakkan ucapan harapan serta doa ke hadrat Allah S.W.T. kerana perkenan-Nya dapat saya menyampaikan hasrat saya sebagai Pengerusi Koperasi yang disayangi dan dirahmati.

Sukacita saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada ahli-ahli koperasi yang bertuah ini kerana komitmen yang ditunjukkan selama ini semasa susah dan juga senang dalam usaha memperkasakan Koperasi Serbaguna Kapar Berhad (KoSKB). 

KoSKB sejak beberapa dekad yang lalu, menyaksikan pelbagai kejayaan yang diraih melaui pelbagai bentuk aktiviti kerohanian, rekreasi, sosial, keusahawanan, perekonomian dan banyak lagi.

Keperluan berkoperasi adalah selari dengan kehendak dan tuntutan kita bersama iaitu untuk melihat lebih ramai ahli-ahli bangkit mengorak langkah menuju ke arah kecemerlangan bersama.

Sehingga saat ini, banyak kemajuan yang kita dapat kecapi dan KoSKB kini berhasrat untuk melangkah ke era digital – sesuai dengan kehendak semasa agar kita tidak ketinggalan dengan aspek teknologi ini. Sesungguhnya kewujudan laman web ini adalah langkah pertama ke aras digitalisasi, serta merupakan satu platform terbaik bagi kita terlibat sama dalam perkara ini.

 

Sehubungan dengan itu, saya menyeru penglibatan dan penyertaan dari semua ahli agar kita dapat berganding bahu untuk menuju ke arah yang dituju dengan melaksanakan aktiviti yang berimpak tinggi untuk kemajuan koperasi ini.

Akhir kata, saya berharap agar ahli-ahli dapat memainkan peranan bersama-sama dalam menyumbang ke arah pembangunan koperasi ini.

Sekian, terima kasih.

Jamaludin bin Sharif (PJK)

Pengerusi KoSKB

Siapakah Kami?

Koperasi Serbaguna Kapar Berhad (KoSKB) merupakan sebuah badan koperasi yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sejak 9 Oktober 1963.

Tujuan utama koperasi ini ditubuhkan adalah untuk membantu mengurangkan komitmen kewangan di samping meningkatkan taraf hidup serta kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip yang termaktub dalam penubuhan KoSKB.

Pembangunan & Penyelenggaraan

KoSKB memperoleh lesen G4 CIDB sejak 2017 serta giat menjalankan kerja-kerja kontrak sehingga kini.

Pinjaman Wang Kepada Ahli

Antara matlamat kami ialah memberikan bantuan kepada ahli kami demi mengurangkan komitmen kewangan serta meningkatkan taraf hidup dan kepentingan ekonomi setiap ahli.

Aktiviti Kemasyarakatan

Kami melawat ahli yang sakit dan menyumbangkan bantuan kewangan terhadap ahli yang memerlukan.

Selain itu, kami juga memberikan sumbangan kewangan kepada anak ahli yang berjaya dalam pelajaran seperti UPSR, PT3 dan SPM.

Kami Bangga Untuk Membantu Sebanyak Ahli Yang Mungkin

Koperasi kami telah beroperasi sejak tahun 1963 dan sehingga sekarang kami masih berdiri teguh untuk membantu semua ahli-ahli kami yang memerlukannya.

Jumlah Ahli Berdaftar
0 +
Tahun Beroperasi
0 +
Jumlah Modal Dibayar
RM 0 M+
Jumlah Tender
0

Kenali Ahli Lembaga Kami

KoSKB mempunyai struktur ahli-ahli lembaga pengarah yang sangat berpengalaman dan berkebolehan untuk memastikan koperasi ini menuju ke misi dan visi kami.

Aktiviti KoSKB

Kami amat komited untuk memenuhi hasrat utama kami iaitu meringankan beban ahli-ahli kami melalui pinjaman kewangan, projek pembangunan dan penyelenggaraan, serta aktiviti kemasyarakatan.

Kami mewujudkan rangkaian perkongsian pintar bersama rakan niaga dalam merangka aktiviti perniagaan. KoSKB kini berhasrat untuk mengorak langkah dengan menjalankan perkhidmatan melalui platform digital.

Kenapa Pilih Kami?

Kami merupakan antara koperasi yang paling lama beroperasi di Malaysia, berpengalaman tinggi dan mempunyai pelbagai jenis kelengkapan serta jumlah aset dan modal yang tinggi untuk memberikan bantuan dalam pelbagai jenis bentuk yang mencukupi kepada setiap ahli yang memerlukan.