Aktiviti & Perkhidmatan

Pada mulanya KoSKB ditubuhkan, aktiviti utama yang dijalankan adalah perniagaan seperti membuka kedai runcit secara kecil-kecilan, memberikan pinjaman kewangan kepada ahli yang berdaftar serta menawarkan pinjaman barang seperti barangan elektrik.

Selain itu, KoSKB juga menjalankan aktiviti kemasyarakatan seperti melawat ahli yang sakit dan menyumbang kewangan pada ahli yang memerlukan. Di samping itu, KoSKB sentiasa memberikan sumbangan kewangan terhadap anak ahli yang berjaya dalam pelajaran mereka seperti UPSR, PT3, dan SPM. 

KoSKB juga menjalinkan hubungan strategik dengan Syarikat Optik Tun Razak untuk memberikan pemeriksaan mata kepada ahli secara percuma.

Seiring dengan kemajuan yang dicapai, KoSKB tidak hanya bergantung pada perniagaan sahaja malah pada tahun 1993 KoSKB telah mengorak langkah untuk mewujudkan rangkaian strategik yang lain dengan mendapatkan perlesenan dari PKK, CIDB, Kementerian Kewangan, SYABAS, Kapar Energy Ventures, SPAN dan FELDA.

Kini, KoSKB ingin mengorak langkah dengan menjalankan perkhidmatan melalui platform digital pula. Antara aktiviti utama kini adalah memberi pinjaman kewangan pada ahli, Lesen G4 CIDB dan Kementerian Kewangan.

Kerja Untuk Tahun 2017-2022

Kerja Untuk Tahun 2020-2022