Maklumat Korporat

Pengenalan

Koperasi Serbaguna Kapar Berhad (KoSKB) ditubuhkan dengan hasrat untuk membantu mengurangkan komitmen kewangan serta meningkatkan taraf hidup dan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip yang termaktub dalam penubuhan KoSKB, serta mempunyai modal dibayar sebanyak RM 1,100,000.00 dan tidak mempunyai had untuk modal dibenarkan.

Sejarah Penubuhan

Koperasi Serbaguna Kapar Berhad (KoSKB) ditubuhkan pada 9 Oktober 1963 dan didaftarkan di bawah nama Syarikat Kerjasama Serbaguna Batu 10, Jalan Kapar (KoSKB), Kelang Berhad dengan Nombor Pendaftaran SK-7/94. 

Selepas tempoh 30 tahun iaitu pada 25 Disember 1993, namanya dipinda menjadi Koperasi Serbaguna Kapar Berhad (KoSKB) yang kemudiannya diluluskan dan diguna pakai secara rasmi mulai 6 Februari 1995 sehingga kini.

Menurut Seksyen 34(b), Akta Pertubuhan Peladang 1973, Lembaga Pertubuhan Peladang yang disifatkan sebagai Ketua Pendaftar Koperasi berasaskan pertanian dengan kuasa-kuasa seperti di seksyen 18 Akta Koperasi 1993 dengan ini mengesahkan bahawa KoSKB ini telah dipinda kepada koperasi serbaguna kapar berhad, iaitu sesuai dengan kehendak undang-undang kecil yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Agung KoSKB pada 25.12.1993.

Pada awal penubuhan KoSKB, kami hanya memberikan keahlian untuk kakitangan kerajaan sahaja seperti JPS Klang, JPS Kuala Selangor, JKR, SYABAS, Pejabat Daerah, Jabatan Kesihatan Klang dan lain-lain.

Namun, keahlian kini sudahpun terbuka kepada semua yang layak dengan yuran keahlian sebanyak RM120.00 untuk seumur hidup. Setiap ahli yang baru akan dibawa ke mesyuarat lembaga pengarah untuk persetujuan.

Kini, KoSKB mempunyai jumlah sebanyak 125 ahli yang berdaftar termasuk 9 Ahli Lembaga yang berkhidmat demi kepentingan semua.

Visi

Menjadikan KoSKB sebagai satu koperasi yang maju dan berdaya saing di Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk kepentingan ahli serta semua pihak.

Misi

Menjana keuntungan yang mampan daripada rangkaian aktiviti dan perkhidmatan serta memberikan pulangan yang dapat mengurangkan komitmen kewangan para ahli.

Ahli Lembaga KoSKB

Pengerusi

En. Jamaludin Bin Sharif

Setiausaha

En. Jaiman Bin Bero

Bendahari

En. Khairi Bin Akhiar

ALK

En. Kamaruddin Bin Wang

ALK

En. Jamilus Bin Shamsudin

ALK

En. Ab Raub Bin Alifollah

ALK

En. Jefry Bin Mohd Ayob

ALK

En. Rizal Bin Othman

ALK

En. Kamarul Zaman Bin Mat Rani