Apa Kami Lakukan
Kami Berhasrat Untuk Meningkatkan Taraf Hidup Ahli-Ahli Kami

Matlamat utama penubuhan Koperasi Serbaguna Kapar Berhad (KoSKB) adalah untuk membantu mengurangkan komitmen kewangan serta meningkatkan taraf hidup serta kepentingan ekonomi ahli-ahli kami mengikut prinsip-prinsip yang termaktub dalam penubuhan KoSKB.
Bantuan Kewangan
Kami sentiasa membantu ahli-ahli yang memerlukan bantuan kewangan apabila diperlukan.
Peluang Pekerjaan
Kami memberikan upah kepada ahli-ahli yang membantu dalam menjalankan kerja kontrak.
Bantuan Peralatan
Ahli berdaftar yang tidak mempunyai alatan elektrik akan diberikan bantuan peralatan.
Aktiviti Kemasyarakatan
Kami melawat ahli yang sakit dan memberikan sumbangan wang serta menghadiahkan wang bagi anak ahli yang berjaya dalam SPM, PT3 malah UPSR.
Penyelenggaraan
Lesen G4 CIDB kami membolehkan KoSKB menjalankan projek penyelenggaraan untuk keselesaan komuniti.
Pembinaan
KoSKB telah menjalankan projek-projek tender pembinaan yang bermanfaat untuk masyarakat sekeliling.
Aktiviti Kami

Pembangunan & Penyelenggaraan
Dengan penggunaan lesen G4 CIDB sejak 2017, KoSKB berjaya meraih sebanyak 7 projek tender kerajaan sehingga sekarang.
Pinjaman Wang Kepada Ahli
Kami komited untuk memberikan bantuan kewangan serta alatan elektrik kepada ahli kami.


Aktiviti Kemasyarakatan
Ahli yang sakit akan dilawat serta diberikan sumbangan kewangan. Ganjaran insentif juga diberikan kepada anak ahli yang berjaya dalam UPSR, PT3, dan SPM.