Tentang Kami

Siapa Kami

KoSKB diterajui oleh 9 orang Ahli Lembaga Pengarah yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan enam orang anggota Lembaga yang memegang amanah untuk memacu KoSKB ke aras yang lebih tinggi.

Koperasi Serbaguna Kapar Berhad (KoSKB) telah ditubuhkan pada 9 Oktober 1963 yang didaftarkan di bawah nama Syarikat Kerjasama Serbaguna Batu 10, Jalan Kapar (KoSKB), Kelang Berhad dengan nombor pendaftaran SK-7/94.

30 tahun kemudian, pada tarikh 25 Disember 1993, nama dipinda menjadi Koperasi Serbaguna Kapar Berhad (KoSKB) yang diluluskan serta diguna pakai secara rasmi mulai 6 Februari 1995 hingga kini. 

KoSKB mempunyai sebanyak 125 ahli berdaftar termasuk 9 ahli lembaga yang berkhidmat demi kepentingan semua pihak.

Visi

Menjadikan KoSKB sebagai satu koperasi yang maju dan berdaya saing di Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk kepentingan ahli serta semua pihak.

Misi

Menjana keuntungan yang mampan daripada rangkaian aktiviti dan perkhidmatan serta memberikan pulangan yang dapat mengurangkan komitmen kewangan para ahli.

Kami Bangga Untuk Membantu Sebanyak Ahli Yang Mungkin

Koperasi kami telah beroperasi sejak tahun 1963 dan sehingga sekarang kami masih berdiri teguh untuk membantu semua ahli-ahli kami yang memerlukannya.

Jumlah Ahli Berdaftar
0 +
Tahun Beroperasi
0 +
Jumlah Modal Dibayar
RM 0 M+
Jumlah Tender
0